Sunday 13 January 2013

Keunikan Seni Graffiti






Graffiti (singular: Grafiti; jamak digunakan sebagai kata benda massa) adalah nama untuk gambar atau coretan huruf, tertulis, dicat atau ditandai dengan cara apapun pada properti.

Graffiti adalah setiap jenis tanda-tanda umum yang mungkin muncul dalam bentuk tertulis sederhana kata-kata untuk menjelaskan lukisan dinding. Graffiti telah ada sejak zaman dulu, dengan contoh-contoh kembali ke Yunani Kuno dan Kekaisaran Romawi . Di zaman modern, spray paint, cat dan spidol normal telah menjadi bahan yang paling umum digunakan.

Kalau korang nak tahu jugak ukiran pada batu yang menceritakan kisah hidup raja firaun pada zaman kegemilangan mesir juga boleh diklasifikasikan sebagai graffiti. Akan tetapi seni ini dihasilkan secara ukiran dan bukannya semburan cat yang dilakukan seperti sekarang. 

Pada pandangan masyarakat luar terhadap seni lukisan ini semasa ia masuk ke dalam negara kita, rata-rata mengatakan bahawa seni ini hanya dilakukan oleh budak-budak jalanan dan merosakkan harta benda awan serta persekitaran. Namun, segala pendapat dan tanggapa itu adalah slah yang seperti kita tahu untuk menghasilkan lukisan ini memerlukan kretiviti yang tiggi dan usah gigih untuk menyiapaknya. 

Seperti yang kita dapat lihat di luar negara lukisan graffiti yang dihasilkan amat menarik dan kadang-kadang aku lihat benda yang dulukis tu seakan-akan hidup. Apa nak tgok jauh-jauh di negeri orang negara kata pon ada gak golongan yang kretif seperti dorng. Klau korang nak tengok lukisan graffiti dorg tu leh la tgok lat sepanjang sungai Klang kat KL tu..



 


Bangunan Pencakar Langit Malaysia

Malaysia merpukan sebuah negara yang sedang mengalami arus pembagunan yang pesat. Malaysia juga kalau korang nak tahu jugak merupakan salah sebuah negara yang mengalami arus pemodenan yang pesat di antara negara-negara di Asia Tengara. Syukur Alhamdulillah la aku dapat menjadi warganegara Malaysia. 

Entry kali ni aku nak cerita pasal bangunan pencakar langit yang dikelaskan sebagai tertiggi jugak la kat Malaysia nie. Hari2 aku ulang alik kerja selalu jugak aku tertanya-tanya berpa timggi bagunan nie dan mana bagunan yang paling tinggi. 

Senarai bagunan tersebut dapat aku ringkaskan kat bawah nie bermula dari yang x berapa tinggi sampai la tertinggi.

1. Berjaya Times Square Kuala Lumpur (Ketinggian : 203 m)

 
Berjaya Times Square Kuala Lumpur merupakan sebuah kompleks menara berkembar yang mengandungi pusat membeli-belah dan hotel lima bintang yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Kompleks ini pertama kali dibuka pada bulan Oktober 2003 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua menara ini berketinggian setinggi 48 tingkat.

2.Bangunan AM Finance Kuala Lumpur (Ketinggian : 210 m)


Disiapkan pada tahun 1998, bangunan setinggi 49 tingkat ini berfungsi sebagai ibu pejabat Kumpulan AmBank. Kumpulan AmBank adalah salah sebuah kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 200 cawangan dan cawangan yang meliputi anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu. Kumpulan AmBank telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai Bank Pembangunan Arab-Malaysian. (bagunan ni sebelah ofis aku je)...


3 - Menara Maxis Kuala Lumpur (Ketinggian : 212.1 m)


Menara Maxis adalah bangunan pejabat yang menempatkan ibu pejabat Maxis Communications dan kumpulan Tanjong Plc. Bangunan tersebut telah dibangunkan oleh KLCC Properties Holdings Berhad (KLCCP) di bawah Fasa 1 projek pembinaan KLCC. Bangunan tersebut dimiliki oleh Impian Klasik Sdn Bhd, di mana Tanjong memegang 67% kepentingan dan KLCCP memegang 33% kepentingan. Menara Maxis terletak di sudut barat laut pembangunan KLCC, bersebelahan dengan menara berkembar Petronas. Menara Maxis mempunyai keunikannya tersendiri dengan struktur fasad yang dibina daripada pelapisan aluminium dan kaca.

4 - Menara Komtar Pulau Pinang (Ketinggian : 232 m)


Menara Komtar ialah antara kompleks bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan bangunan keenam tertinggi di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar George Town, mendominasi pemandangan kaki langit di pulau ini. Komtar adalah singkatan untuk Kompleks Tun Abdul Razak. Komtar pernah menjadi bangunan kedua tertinggi di Asia selepas bangunan Sunshine 60 di Tokyo. Komtar pernah memegang ‘takhta’ sebagai bangunan tertinggi di Malaysia selama 3 tahun sebelum ia digantikan Menara Maybank di Kuala Lumpur pada tahun 1988.

5 - Menara Vista Kuala Lumpur (Ketinggian : 238.1 m)

Menara Vista dahulunya dikenali sebagai Menara Empire adalah sebahagian daripada pembangunan dunia bersepadu yang dikenali sebagai Intermark. Terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Intermark terdiri daripada pelbagai rangkaian jenama antarabangsa bergred A, dengan dilengkapi bangunan pejabat - Menara Integra, pejabat mercu tanda - Vista Tower, 1 Doubletree oleh Hotel Hilton yang mewah, dan podium runcit berkeluasan lebih 200,000 kaki persegi (19,000 m2).


6 - Menara Maybank Kuala Lumpur (Ketinggian : 244 m)

Menara Maybank adalah pencakar langit utama dan mercu tanda di Kuala Lumpur. Menara ini terletak berhampiran Puduraya di pinggir timur pusat bandar lama Kuala Lumpur. Ia menempatkan ibu pejabat Maybank, dan Muzium Numismatik Maybank. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur, iaitu hampir separuh ketinggian Menara Berkembar Petronas

7 - Menara Telekom (Ketinggian : 310 m)

Menara Telekom atau Menara TM adalah ibu pejabat Telekom Malaysia di Kuala Lumpur. Ia memiliki ketinggian lebih 55 tingkat, dan dibentuk untuk mewakili satu cambahan ‘rebung’. Ia terletak di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sprint dan Jalan Pantai Baru serta berdekatan dengan stesen LRT Kerinchi. Ia telah direka oleh Hijjas Kasturi Associates dan telah dibina di antara tahun 1998 dan 2001 oleh PECD Berhad.

8 - Menara Kuala Lumpur (Ketinggian : 421 m)



Mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur adalah Menara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Menara KL. Siap di bina pada tahun 1995 menjadikan menara berketinggian 421 m ini digunakan sebagai pusat telekomunikasi selain daya tarikan pelancong menerusi keunikan restoran berputarnya dan keindahan panorama Kuala Lumpur di puncaknya.

9 & 10 - Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur (Ketinggian : 452 m)

Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi bangunan tertinggi dunia sebelum diatasi oleh Taiwan menerusi Menara Taipei 101 yang memiliki 101 tingkat. Dengan ketinggian 452 m, KLCC masih lagi diiktiraf sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dan memiliki 88 tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 1998.

Buat setakat ni cuma ni lah bagunan yang aku tahu yang duduk sebagai bagunan pencakar langit tertinggi diMalaysia. Namun perlu diingatkan zaman kita nie tiba akhir zaman sebab salah satu petunjuk kecil dalam Al-Quran megatakan banyak bagunan pencakar langit didirikan dan manusia berlumba-lumba menbinanya dimerata-rata sebagai tanda kemegahan.....renug-renungkanlah.............




Kemalangan di Ayer Tawar


Kali ni aku nak tulis entry pasal kemalangan yang telah berlaku di kampung halaman aku semalam 11 Jan 2013..


Seperti kebiasaan aku hari jumaat mesti balik awal nyer sebab sabtu aku cuti. Sampai je kat rumah macam biasa la rutin harian aku buka laptop dan online tu je yang boleh aku buat pada masa nie. Masa aku berfacebook aku terbaca tajuk vedio yang bertajuk kemalangan di Ayer Tawar..Huh..mugkin nie menarik sebab bagi aku kampung aku semuanya menarik aku pon klik la untuk view vedio tu aku tgok rmai orang tengah berkumpul kat kerete JPJ tu. Aku ingat mugkin JPJ nie yang cari pasal kot tu sbab diorang bengang tu sampai kena bakar kete JPJ tu sebab JPJ kat tempat aku ni gampang skit (bukan nak kutuk tapi reality) , klau ade jer lori bawa muatan lebih mesti nak tahan biasala tak suap diaorang tapi kalau korang-korang tengok lori batu atau amang (klinker mcam tar jalan tu) laju atas jalan dan bawak muatan isi selangi boleh penuh diorang (JPJ) tu wat dek je.. ni kerana dah kena suap dengan tokeh lori tu...Kat sini aku bukan nak buruk-burukkan JPJ lak tapi ni cerita dari member aku yang tonto yang keje diaorg ikut jer mane JPJ tu pegi dan member aku jugak ade bagitau sebulan toket lori ni bayar beribu-ribu dekat JPJ tu...

Balik kepada tajuk tadi (lari topik la pulak) xcedent tu melibatkan 11 buah kenderaan yang mane bas sekolah, kereta, jeep, basikal, dan motosikal. Puas jugak aku tgok vedio nie nak identify kat mane lokasi kejadiaan nie..Rupa-rupanya kat depan sekolah lama aku, patutla ramai budak sekolah. Lepas tgok vedio nie aku pon baca la posting dlam fb nie, banyak spekulasi, ada kat JPJ salah cuba tahan lori tu tengah jalan sibuk tu dan ada yang kata lori tu brek die tak makan. Akibat dr tu kenderaan yang datang dari jalan yang sama tak sempat brek dan belangar antara satu sama lain (time nie towing mmg untung besar la).  

Bagi pendapat aku yang cuma tgok dr vedio you tube, komen org di FB, dan newspaper. Apa yang aku dapat simpulkan dua2 pihak nie bertanggungjawab atas kejadian nie. Pertama JPJ, tu klau nak tau lori tu nampak macam berbahaya lalu kat atas jalan tu boleh x korang (JPJ) tu mintak lori tu berhenti kat tempat yang selamt (kan setiap kerete peronda ada loud speker cam kerete ronda polis tu) nie nak tunjuk hebat tahan depan ornang ramai, kalu time nak pau tu pandai lak tahan tepi hutan atau kubur cina. (berdasatkan pengalaman yang aku pernah nampak). Kedua, pemandu lori tu tak perlulah buat kecoh nak tunding jari kat JPJ kat menyebabkan kemalangan tu selesaikan dengan cara baik x de la sampai bakar-bakar. 

Disebabkan kes nie kampung aku jadi famous sekejap sebab masuk tv, newpaper, n intenet kerana nie aku rase kes pertama orang awam bakar kereta JPJ sebelum nie kat Perhimpunan Bersih tu kerete polis diorang terbalikkan..Nie gambar kemalangan tu...









Rumah







Dah pukul 3:12AM, aku masih tidak tidor lagi sebab petang tadi aku dah puas tidor sebab hari nie sabtu dan ofis aku keje 5 hari semiggu je.



Entry kali ni aku nak tulis berkisarkan tentang rumah. Kenapa RUMAH? tak de benda lain ke si budak kampung nie nak cerita. Mugkin korang semua mugkin tak terfikir tentang rumah. Disebalik dapat digunakan sebagai tempat tinggal ia juga dapat mengasilkan pedapatan pasif (pasif income) pada pemiliknya. Kelebihan rumah nie atau lebih jelas lagi pelaburan hartanah ni dah lama aku tau semenjak aku study lagi, lecturer aku selalu cakap kite jgan bergantung pada kerja yang makan gaji (berkerja dengan orang lain) kerana ni akan menjadikan orang lain lebih kaya dan kite masih sama sampai bila2.

Tahun 2013 ni aku telah tetapkan azam tuk memiliki rumah sekurang-kurangya sebiji sehingga akhir tahun ini.  Tujuan nak beli rumah ni bukan tuk aku duduk tapi aku nak sewakan kepada yang memerlukan dan dari tu aku dah dapat hasilkan pasif income pada aku tiap2 bulan, walaupun tak banyak tapi bolehla nak bayar installment rumah tu tiap2 bulan. 

Membeli rumah pada usia muda ni bagus bak kata brader yang kerja CIMB bank time aku sign aggrement untuk beli kerete persona (mugkin satu hari aku akan tulis entry pasal kete pertama aku tu). 

Brader Bank  : Dik umur bape?
Aku               : 23 bang,
Brader Bank  : Muda lagi?
Aku               : KPK, kat Megan Avenue tu..
Brader Bank : Nape beli kete dlu? beli rumah lagi bagus kamu muda lagi senang skit buat loan, 100% pon tentu dapat
Aku               : Kerete nie satu keperulan dah bang, bukan satu kehendak macam dlu. Pasal rumah mmg saya nak beli tapi ade halangan dari segi nak bayar 10% downpayment tu saya tak mampu lagi.
Brade Bank     : Bagusla ade perancangan, wat kajian dan kamu mugkin jmpa cara x yah bayar 10% tu
Aku                 : Ha..............(Bingung)

Sejak dari hari tu aku mula befikir dan mencari formula yang bradr tu cakap, dan hari ni aku dah jumpa cara tersebut dan rupanya ramai orang dah beli rumah pakai teknik tu. Mengikut kajian dan pembacaan aku teknik ni memang berkesan dan orang yang jadi jutawan hartanah mcam Abang Ensem pon pakai teknik tu, Ni merupakan peluang aku dan aku masih membuat kajan dan pembacaan dari macam2 sumber untuk aku lebih arif dalam urusan pembelian hartanah ni dan megelakkan aku dari kene tipu.

Mugkin perlasanaan azam aku ni mugkin agak lambat kadang2 aku makan masa berbulan2 sebelum aku dapat buat apa yang aku iginkan. Aku x kisah apa orang cakap kat aku yang aku ni suka sembang kosong tp apa pon x jadi. Ini bukan sembang kosong tapi aku nak semua perkara yang aku buat perlukan penelitian yang mendlam sebab ni melibatkan banyak duit dan makan masa yang panjang. Aku harap dapat la rumah yang aku impikan sebelum hujung tahun ni.....AMIN....................................

Hujung bulan ni aku mugkin akan gi bank tu submit loan nak tgok berapa aku boleh buat loan rumah berdasarkan gaji aku yang sekarang nie.Nak tak nak kenela berhutang aku bukanya ada cash sedebuk mcam orang kaya.. Bak kata mak aku;-

Kalau tak berutang, tak berharta la kite

Btul jugak kata mak aku nie cuba korang bilang berapa banyak orang golongan bawahan/biasa mcam kita ni mampu beli rumah secara cash melainkan dia ada ladang sawit yang luasnya sampai ujung dunia, harta yang mkan 4 keturunan pon tak habis..fikir-fikirkan........


Friday 11 January 2013

Konvo UiTM





Hai..

Bertemu lagi kali Anak Kampng nak bercerita tentang hari konvoksyen yang aku pergi lepas aku berjaya habiskan study..Entry ni aku dah pikir masa aku tengah kerja siang tadi dan skrang aku balik dan terus meghadap laptop dan memerah otak utk menulis entry kali ni.

Konvoksyen merupakan hari bersejarah kepada semua students universiti, ni kerana ia merupakan hari kemerdekaan pada setiap students yang telah berjaya menamatkan laluan beribu batu yang penuh dengan halangan dan dugaan. Bagi aku untuk konvo ni aku berpegang pada prinsip "Grad on Time" n " Grad with A Good Result" barulah berbaloi degan apa yang korang korbankan selama ni tiem korang study samalah mcam business yang mana bila setiap modal yang kita keluarkan mesti kita nakkan profit daripada wang yang kita korbankan untuk mendapatkan profit tu.

Sepanjang hidup aku, aku dah pergi 2 kali konvo yand mana pertama kat UiTM Seri Iskandar, Perak, tak berapa jauh dari rumah aku. KOnvo yang aku pergi nie tuk ambik skrol diploma aku yang dah aku usahakan selama 3 tahun untuk dapatkanya. Pada masa nie jugak aku memenag bertuah sebab batch aku merupakan yang pertama konvo kat dewan batu kat UiTM Ser Iskandar, Perak tu. Bawah ni ade gambar dewan tu boleh la korang view sejenak.

View dari dataran

View dari Pusat Islam UiTM

Second time aku konvo kat UiTM Shah Alam, Selangor. Kali ni aku dtang dengan satu tujuan untuk ambik skroll degree aku. Kali nie juga aku konvo didewan yang baru jgak, Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Masa konvo tu aku juga ada gak aku cakap kat mak aku kita akan datang dan masuk dewan ni kalau aku dapat sambung dan berjaya habiskan Master atau PHd aku pada masa hadapan ni. Tapi masalahnya aku tengah pening nak cari tajuk utk reserach aku dan dalam kepala otak aku jugak ade terpikir untuk megumpul kekayaan dalam umur muda tu. (biarkan nasib menentukan hidup aku dan aku akan terus merancang).Huh ..panjang juga aku merepek, dah lari dari tajuk aku dlam entry nie.Iklan sekejap baeah ni ada pic. DATC tu korang leh la view.



Bahagian dalam DATC

View dari padang ragbi Kolej Perindu



Pasa hari ni aku rasa amat bersyukur kerana aku ada peluang utk belajar sampai tahap ni berbanding kawan2 aku yang lain yang mugkin tak senasib dengan aku. Aku juga bersyukur sebab aku ikut cakap mak dan ayah aku yang suruh sambung belajar. Macam ayat yang bapak aku cakapkan dekat aku yang amat menyakitkan telinga dan membakar semagat aku utk terus belajar


Bang ko blajo btoi2 nati masa depan senang, nati org lain berjaya, koje senang, pakai kete beso tp ko kayuh le basikal burok ko tu. Ingat skang org berlumba2 nak blajo ko jgn nak main jer, masa abah dah abis dah n cam nie le abah dapat skang ko je yg blom tentu lg. 

Nak buat kenangan aku dan family aku, adela skit gambar yang aku sempat uploadkan dalam blog aku ni. Gambar ni mugkin akan jadi kenagan bila aku dah tua dan mugkin bukti yang aku akan tunjukan pada anak cucu aku yang aku ni pernah belajar hingga tahap setinggi ni. Ni bukan nak buat modal kebagaan tapi sebagai bukti mugkin untuk megelakkan yang anak/cucu aku nanti diorg cakap ayah/atok nie sembang kosong je la tak de pon gambar time die konvo dulu..hahaha...
Aku..

Konvo time Diploma

Mak n ayah aku



Family aku
Mak n ayah aku time konvo diploma




Tuesday 8 January 2013

Salam Perkenalan

Hiii..........


Aku
Nama aku Muahamd Hilmi bin Baharuddin. Aku anak pertama dari pada dua orang adik-beradik. Kini tahun 2013 umur aku dah mencecah 24 tahun. Ini juga merupakan tuhun dan umur permulaan aku dalam meneruskan/memulakan hidup yang baru didunia ini, ini kerana aku baru saja menamatkan pegajian aku diperingkat diploma dan ijazah sarjana muda Ukur Bahan selama 5 tahun di UiTM Seri Iskandar, Perak dan UiTM Shah Alam, Selangor. Tahun 2013 ini juga merupakan salah satu tahun yang merupakan tahun untuk aku memulakan pegumpulan kekayaan aku samaada didunia dan diakhirat.


Nak dipanjangkan cerita dulu masa aku study aku ade satu blog tapi disebabkan aku terlalu sibuk study dan terus study sampai terlupa user name dan password untuk blog tu dan aku rasa frusst gile sebab banyak kenangan dah dan perahan otak telah aku lakukan untuk meghasilkan blog tersebut..

Aku frust gile..ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
Aku frust gile..AHHHHHHH
Sekarang aku dah mulakan penulisan dan perahan otak didalam satu blog yang baru iaitu Anak Kampung yang nama lama bagi blog ni Buhun Sup Daging yang aku rasa x berapa nak kena dan tak berapa menarik. Dalam blog nie aku lebih suka bercerita tentang diri aku sendiri, ini kerana aku nak jadikan blog nie sebagai diari perjalanan hidup aku utk tatapan anak cucu dan perkongsian serita menarik pada umum.Untuk penulisan blog ini aku lebih cenderung untuk menaip secara keseluruhan perkataan yang ingin disampaikan berbanding ayat singkat yang terlalu WTF bagi aku dalam hidup aku nie..