Dah pukul 3:12AM, aku masih tidak tidor lagi sebab petang tadi aku dah puas tidor sebab hari nie sabtu dan ofis aku keje 5 hari semiggu je.
Entry kali ni aku nak tulis berkisarkan tentang rumah. Kenapa RUMAH? tak de benda lain ke si budak kampung nie nak cerita. Mugkin korang semua mugkin tak terfikir tentang rumah. Disebalik dapat digunakan sebagai tempat tinggal ia juga dapat mengasilkan pedapatan pasif (pasif income) pada pemiliknya. Kelebihan rumah nie atau lebih jelas lagi pelaburan hartanah ni dah lama aku tau semenjak aku study lagi, lecturer aku selalu cakap kite jgan bergantung pada kerja yang makan gaji (berkerja dengan orang lain) kerana ni akan menjadikan orang lain lebih kaya dan kite masih sama sampai bila2.
Tahun 2013 ni aku telah tetapkan azam tuk memiliki rumah sekurang-kurangya sebiji sehingga akhir tahun ini. Tujuan nak beli rumah ni bukan tuk aku duduk tapi aku nak sewakan kepada yang memerlukan dan dari tu aku dah dapat hasilkan pasif income pada aku tiap2 bulan, walaupun tak banyak tapi bolehla nak bayar installment rumah tu tiap2 bulan.
Membeli rumah pada usia muda ni bagus bak kata brader yang kerja CIMB bank time aku sign aggrement untuk beli kerete persona (mugkin satu hari aku akan tulis entry pasal kete pertama aku tu).
Brader Bank : Dik umur bape?
Aku : 23 bang,
Brader Bank : Muda lagi?
Aku : KPK, kat Megan Avenue tu..
Brader Bank : Nape beli kete dlu? beli rumah lagi bagus kamu muda lagi senang skit buat loan, 100% pon tentu dapat
Aku : Kerete nie satu keperulan dah bang, bukan satu kehendak macam dlu. Pasal rumah mmg saya nak beli tapi ade halangan dari segi nak bayar 10% downpayment tu saya tak mampu lagi.
Brade Bank : Bagusla ade perancangan, wat kajian dan kamu mugkin jmpa cara x yah bayar 10% tu
Aku : Ha..............(Bingung)
Sejak dari hari tu aku mula befikir dan mencari formula yang bradr tu cakap, dan hari ni aku dah jumpa cara tersebut dan rupanya ramai orang dah beli rumah pakai teknik tu. Mengikut kajian dan pembacaan aku teknik ni memang berkesan dan orang yang jadi jutawan hartanah mcam Abang Ensem pon pakai teknik tu, Ni merupakan peluang aku dan aku masih membuat kajan dan pembacaan dari macam2 sumber untuk aku lebih arif dalam urusan pembelian hartanah ni dan megelakkan aku dari kene tipu.
Mugkin perlasanaan azam aku ni mugkin agak lambat kadang2 aku makan masa berbulan2 sebelum aku dapat buat apa yang aku iginkan. Aku x kisah apa orang cakap kat aku yang aku ni suka sembang kosong tp apa pon x jadi. Ini bukan sembang kosong tapi aku nak semua perkara yang aku buat perlukan penelitian yang mendlam sebab ni melibatkan banyak duit dan makan masa yang panjang. Aku harap dapat la rumah yang aku impikan sebelum hujung tahun ni.....AMIN....................................
Hujung bulan ni aku mugkin akan gi bank tu submit loan nak tgok berapa aku boleh buat loan rumah berdasarkan gaji aku yang sekarang nie.Nak tak nak kenela berhutang aku bukanya ada cash sedebuk mcam orang kaya.. Bak kata mak aku;-
Kalau tak berutang, tak berharta la kite
Btul jugak kata mak aku nie cuba korang bilang berapa banyak orang golongan bawahan/biasa mcam kita ni mampu beli rumah secara cash melainkan dia ada ladang sawit yang luasnya sampai ujung dunia, harta yang mkan 4 keturunan pon tak habis..fikir-fikirkan........