Sunday, 13 January 2013

Bangunan Pencakar Langit Malaysia

Malaysia merpukan sebuah negara yang sedang mengalami arus pembagunan yang pesat. Malaysia juga kalau korang nak tahu jugak merupakan salah sebuah negara yang mengalami arus pemodenan yang pesat di antara negara-negara di Asia Tengara. Syukur Alhamdulillah la aku dapat menjadi warganegara Malaysia. 

Entry kali ni aku nak cerita pasal bangunan pencakar langit yang dikelaskan sebagai tertiggi jugak la kat Malaysia nie. Hari2 aku ulang alik kerja selalu jugak aku tertanya-tanya berpa timggi bagunan nie dan mana bagunan yang paling tinggi. 

Senarai bagunan tersebut dapat aku ringkaskan kat bawah nie bermula dari yang x berapa tinggi sampai la tertinggi.

1. Berjaya Times Square Kuala Lumpur (Ketinggian : 203 m)

 
Berjaya Times Square Kuala Lumpur merupakan sebuah kompleks menara berkembar yang mengandungi pusat membeli-belah dan hotel lima bintang yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Kompleks ini pertama kali dibuka pada bulan Oktober 2003 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua menara ini berketinggian setinggi 48 tingkat.

2.Bangunan AM Finance Kuala Lumpur (Ketinggian : 210 m)


Disiapkan pada tahun 1998, bangunan setinggi 49 tingkat ini berfungsi sebagai ibu pejabat Kumpulan AmBank. Kumpulan AmBank adalah salah sebuah kumpulan perbankan kelima terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 200 cawangan dan cawangan yang meliputi anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu. Kumpulan AmBank telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai Bank Pembangunan Arab-Malaysian. (bagunan ni sebelah ofis aku je)...


3 - Menara Maxis Kuala Lumpur (Ketinggian : 212.1 m)


Menara Maxis adalah bangunan pejabat yang menempatkan ibu pejabat Maxis Communications dan kumpulan Tanjong Plc. Bangunan tersebut telah dibangunkan oleh KLCC Properties Holdings Berhad (KLCCP) di bawah Fasa 1 projek pembinaan KLCC. Bangunan tersebut dimiliki oleh Impian Klasik Sdn Bhd, di mana Tanjong memegang 67% kepentingan dan KLCCP memegang 33% kepentingan. Menara Maxis terletak di sudut barat laut pembangunan KLCC, bersebelahan dengan menara berkembar Petronas. Menara Maxis mempunyai keunikannya tersendiri dengan struktur fasad yang dibina daripada pelapisan aluminium dan kaca.

4 - Menara Komtar Pulau Pinang (Ketinggian : 232 m)


Menara Komtar ialah antara kompleks bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan bangunan keenam tertinggi di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar George Town, mendominasi pemandangan kaki langit di pulau ini. Komtar adalah singkatan untuk Kompleks Tun Abdul Razak. Komtar pernah menjadi bangunan kedua tertinggi di Asia selepas bangunan Sunshine 60 di Tokyo. Komtar pernah memegang ‘takhta’ sebagai bangunan tertinggi di Malaysia selama 3 tahun sebelum ia digantikan Menara Maybank di Kuala Lumpur pada tahun 1988.

5 - Menara Vista Kuala Lumpur (Ketinggian : 238.1 m)

Menara Vista dahulunya dikenali sebagai Menara Empire adalah sebahagian daripada pembangunan dunia bersepadu yang dikenali sebagai Intermark. Terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Intermark terdiri daripada pelbagai rangkaian jenama antarabangsa bergred A, dengan dilengkapi bangunan pejabat - Menara Integra, pejabat mercu tanda - Vista Tower, 1 Doubletree oleh Hotel Hilton yang mewah, dan podium runcit berkeluasan lebih 200,000 kaki persegi (19,000 m2).


6 - Menara Maybank Kuala Lumpur (Ketinggian : 244 m)

Menara Maybank adalah pencakar langit utama dan mercu tanda di Kuala Lumpur. Menara ini terletak berhampiran Puduraya di pinggir timur pusat bandar lama Kuala Lumpur. Ia menempatkan ibu pejabat Maybank, dan Muzium Numismatik Maybank. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur, iaitu hampir separuh ketinggian Menara Berkembar Petronas

7 - Menara Telekom (Ketinggian : 310 m)

Menara Telekom atau Menara TM adalah ibu pejabat Telekom Malaysia di Kuala Lumpur. Ia memiliki ketinggian lebih 55 tingkat, dan dibentuk untuk mewakili satu cambahan ‘rebung’. Ia terletak di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sprint dan Jalan Pantai Baru serta berdekatan dengan stesen LRT Kerinchi. Ia telah direka oleh Hijjas Kasturi Associates dan telah dibina di antara tahun 1998 dan 2001 oleh PECD Berhad.

8 - Menara Kuala Lumpur (Ketinggian : 421 m)



Mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur adalah Menara Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Menara KL. Siap di bina pada tahun 1995 menjadikan menara berketinggian 421 m ini digunakan sebagai pusat telekomunikasi selain daya tarikan pelancong menerusi keunikan restoran berputarnya dan keindahan panorama Kuala Lumpur di puncaknya.

9 & 10 - Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur (Ketinggian : 452 m)

Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi bangunan tertinggi dunia sebelum diatasi oleh Taiwan menerusi Menara Taipei 101 yang memiliki 101 tingkat. Dengan ketinggian 452 m, KLCC masih lagi diiktiraf sebagai menara berkembar tertinggi di dunia dan memiliki 88 tingkat yang siap sepenuhnya pada tahun 1998.

Buat setakat ni cuma ni lah bagunan yang aku tahu yang duduk sebagai bagunan pencakar langit tertinggi diMalaysia. Namun perlu diingatkan zaman kita nie tiba akhir zaman sebab salah satu petunjuk kecil dalam Al-Quran megatakan banyak bagunan pencakar langit didirikan dan manusia berlumba-lumba menbinanya dimerata-rata sebagai tanda kemegahan.....renug-renungkanlah.............




No comments: