Kali ni aku nak tulis entry pasal kemalangan yang telah berlaku di kampung halaman aku semalam 11 Jan 2013..
Seperti kebiasaan aku hari jumaat mesti balik awal nyer sebab sabtu aku cuti. Sampai je kat rumah macam biasa la rutin harian aku buka laptop dan online tu je yang boleh aku buat pada masa nie. Masa aku berfacebook aku terbaca tajuk vedio yang bertajuk kemalangan di Ayer Tawar..Huh..mugkin nie menarik sebab bagi aku kampung aku semuanya menarik aku pon klik la untuk view vedio tu aku tgok rmai orang tengah berkumpul kat kerete JPJ tu. Aku ingat mugkin JPJ nie yang cari pasal kot tu sbab diorang bengang tu sampai kena bakar kete JPJ tu sebab JPJ kat tempat aku ni gampang skit (bukan nak kutuk tapi reality) , klau ade jer lori bawa muatan lebih mesti nak tahan biasala tak suap diaorang tapi kalau korang-korang tengok lori batu atau amang (klinker mcam tar jalan tu) laju atas jalan dan bawak muatan isi selangi boleh penuh diorang (JPJ) tu wat dek je.. ni kerana dah kena suap dengan tokeh lori tu...Kat sini aku bukan nak buruk-burukkan JPJ lak tapi ni cerita dari member aku yang tonto yang keje diaorg ikut jer mane JPJ tu pegi dan member aku jugak ade bagitau sebulan toket lori ni bayar beribu-ribu dekat JPJ tu...
Balik kepada tajuk tadi (lari topik la pulak) xcedent tu melibatkan 11 buah kenderaan yang mane bas sekolah, kereta, jeep, basikal, dan motosikal. Puas jugak aku tgok vedio nie nak identify kat mane lokasi kejadiaan nie..Rupa-rupanya kat depan sekolah lama aku, patutla ramai budak sekolah. Lepas tgok vedio nie aku pon baca la posting dlam fb nie, banyak spekulasi, ada kat JPJ salah cuba tahan lori tu tengah jalan sibuk tu dan ada yang kata lori tu brek die tak makan. Akibat dr tu kenderaan yang datang dari jalan yang sama tak sempat brek dan belangar antara satu sama lain (time nie towing mmg untung besar la).
Bagi pendapat aku yang cuma tgok dr vedio you tube, komen org di FB, dan newspaper. Apa yang aku dapat simpulkan dua2 pihak nie bertanggungjawab atas kejadian nie. Pertama JPJ, tu klau nak tau lori tu nampak macam berbahaya lalu kat atas jalan tu boleh x korang (JPJ) tu mintak lori tu berhenti kat tempat yang selamt (kan setiap kerete peronda ada loud speker cam kerete ronda polis tu) nie nak tunjuk hebat tahan depan ornang ramai, kalu time nak pau tu pandai lak tahan tepi hutan atau kubur cina. (berdasatkan pengalaman yang aku pernah nampak). Kedua, pemandu lori tu tak perlulah buat kecoh nak tunding jari kat JPJ kat menyebabkan kemalangan tu selesaikan dengan cara baik x de la sampai bakar-bakar.
Disebabkan kes nie kampung aku jadi famous sekejap sebab masuk tv, newpaper, n intenet kerana nie aku rase kes pertama orang awam bakar kereta JPJ sebelum nie kat Perhimpunan Bersih tu kerete polis diorang terbalikkan..Nie gambar kemalangan tu...
No comments:
Post a Comment